Salam semua,
Dah berminggu² tak updated blog. Bukan apa keadaaan tidak mengizinkan.
Kita masih lagi dalam bulan Ramadhan dan sudah dua minggu berlalu. Aku tengok umat² islam pun semakin rancak membuat persediaan selain menikmati juadah² berbuka dan bersahur.
Tapi aku?? Keadaan semakin lemah dek simptom² berbadan dua ni. Nak angkat jari pun rasa macam tak larat. Tapi ibadah puasa tetap dijalankan.
Kalau dikira semasa mengandung anak pertama aku akan mengalami "morning Sickness" selama 2 bulan bermula pada kandungan berusia 2 bln hingga ke 4 bulan. Kini kandungan aku berusia 2 bln..Halamak bermakna aku akan mengalami simptom² ni lagi 2 bulan lah.. Ya Allah Kau lindungi la aku...
No comments:
Post a Comment