Hari ni genap 25 hari seorang sahabat ku pergi menemui yang Maha Esa. Dan hari ni juga baru ada
kekuatan ku untuk post pasal dia. Dan sememangnya rindu akan dia.
Shafaril Ekhmal Bin Sharim (KIMAI)
Dia mengalami Stroke akibat terjatuh kat toilet. Admit kat Emy IJN dan di transfer ke HKL.
Warded beberapa hari kat HKL. Keadaan semakin baik. Doctor benarkan discaj. Tapi pada pagi hari
nak discaj tu tetiba collapes.. Admit ICU IJN... Keadaan dia sgt teruk dan koma :-(
Setelah bertarung nyawa selama 2 mlm kat ICU dia pun pergi pada 25/11/2011/Jumaat (4a.m)
Sedih sangat² walaupun redha... tapi sememangnya tak sangka dia pergi seawal ini.
Dalam masa seminggu kehilangan sahabat ini, hari² sebak..nak sebut nama pun rasa tak mampu.
Walaupun tak se-akrab tapi kitaorang rapat. Ye la dah duduk 1 pejabat hari² jumpa, gurau senda. Memang sgt berat lah..
Pic beberapa tahun lalu semasa berkursus
Semoga Rohnya dicucuri rahmat.
Al-fatihah
No comments:
Post a Comment